Powder VS Liquid Foundation: TIGA (3) Info Menarik!

Powder VS Liquid Foundation: TIGA (3) Info Menarik!

 

Kalau korang suka POWDER FOUNDATION atau LIQUID FOUNDATION?

Tak dinafikan kedua-dua jenis foundation ini ada peminatnya yang tersendiri. Apa-apa pun kalau beli kosmetik ni yang penting bahan dalam produk tu dan ianya tidak membahayakan kulit kita. KULIT KITA MAHAL DIK!

Dalam memilih foundation yang sesuai, faktor jenis kulit memainkan peranan yang penting. Tambahan lagi, faktor coverage dan finishing pun mainkan peranan. Macam saya bagitau tadi, apa-apa pun ikut kesukaan si pemakai.

Dari website HIDE.SHOP, terdapat 3 perbezaan antara 2 jenis foundation ini:-

[1] FORMULASI

Dari segi formulasi, powder foundation adalah dalam formulasi kering. Manakala, liquid foundation adalah dalam bentuk cecair.

[2] COVERAGE

Coverage powder foundation adalah dari light to medium. Tapi liquid foundation adalah full coverage.

[3] JENIS KULIT

Liquid foundation sesuai untuk semua jenis kulit tapi powder foundation kurang sesuai untuk kulit kering sebab kulit si pemakai boleh nampak tompok atau cakey.

So, itulah beza powder dan liquid foundation~

Tapi korang tau tak dalam HAUS ada kedua-dua jenis foundation ini?

Meh saya perkenalkan foundation ini:-

[1] Melty Glam Aqua Foundation

Melty Glam Aqua Foundation

Foundation HAUS yang ini adalah dalam bentuk cecair dan kalau pakai foundation ini, memang bantu meliputi parut dan tompok di wajah. Foundation ini juga sesuai untuk semua jenis kulit.

Tapiiii antara kelebihan foundation HAUS ini yang boleh buat orang jatuh hati adalah:-

  1. Foundation ini tidak buat liang pori tersumbat kerana dalam ni ada fungsi non-comedogenic. Liang pori yang tersumbat akan menyebabkan masalah kulit yang lain seperti kulit berminyak dan kulit berjerawat.
  2. Foundation ini ada fungsi 3 dalam 1 iaitu foundation, primer dan sunscreen. Hidup jadi mudah bila ada foundation ini <3
  3. Foundation ini ada SPF50PA++++ yang bantu lindungi kulit dari sinaran UV yang boleh buat kulit kita nampak tua sebelum waktunya dan muka jadi hitam legam sebab terbakar. Hehe.
  4. Foundation ini ada bahan treatment yang boleh atasi masalah kering dan masalah jerawat. So tak perlu risau lagi muka ada masalah bila pakai foundation ini.

[2] Micro Magic Powder Foundation

Micro Magic Powder Foundation

Korang nak tau tak inilah produk yang viral meletup-letup kat tiktok. Sampai melarat ke instagram. Korang tanya jela siapa-siapa yang dah pakai bedak ni. Memang best sangat. Produk ni dah viral sampai ke luar negara tau macam Singapura, Brunei dan Indonesia.

Jom cekidaut kenapa orang ramai tergila-gilakan bedak magic pinky ni:-

  1. Bedak ni dalam formulasi kering sebab ia dalam bentuk powder. Senang dipakai dengan span atau berus.
  2. Magic pinky ni bantu cover parut jerawat atau tompok tau. Bergantung juga pada ketebalan parut tu macam mana tau.
  3. Bedak pink ni semua jenis kulit boleh pakai termasuk yang jenis kulit kering. Ada rahsia tau untuk tak nampak kulit nampak flakey. Meh saya share. Hehe. Prep muka dengan moisturizer dulu sebelum apply dengan bedak ni. Sebarkan rahsia ini~
  4. Bedak ini ada fungsi 5 dalam 1 – powder, foundation, sunscreen, concealer, treatment. Siap cepat bila ada bedak ni!
  5. Kalau korang ada mata panda, bedak ni boleh cover bahagian hitam tu
  6. Bedak ni tak buat kulit korang berminyak sebab dalam ni ada bahan SQUALENE yang bantu kawal pengeluaran minyak kat kulit muka. Ini poin sangat penting sebab pengalaman saya bila pakai compat powder, kulit mesti berminyak dan ini buat saya rasa kurang selesa
  7. Bedak magic pinky ini juga bantu merawat masalah kulit muka seperti kulit kering. Kalau pakai ni, insyaallah kulit jadi lembap dan lembut.

Haaa..korang amacam? Suka yang liquid foundation atau powder foundation? Tapi pendapat saya kan kalau kedua-dua ni digabungkan, result dia lagi umph.. Tapi apa-apa pun terpulang pada kesukaan masing-masing macam mana.

Kalau dah jatuh hati dengan dua orang produk ni, boleh dapatkan di kedai online saya. Liquid foundation boleh beli kat sini. Magic pinky boleh beli di sini.

Korang nak tau cara pakai kedua-dua foundation ni? Nanti saya cerita next post. Tunggu tau :)