Assalamualaikum semua. Sihat ke tu? Dah lama tak menulis sini. Sibuk dengan kehidupan seharian. Huuuuu. Harap semua sihat ye.
Korang dah tau belum? Ke tak tahu? Hehe. 22 Oktober aritu dengan rasminya HAUS telah melancarkan produk terbaru iaitu Beau Bright Jelly di Mytown Shopping Centre. Kiranya ni macam supplement untuk cantik dari dalam. Sama macam tagline HAUS "cantik luar cantik dalam". Luar kita pakai skincare. Untuk dalaman kita ambil Beau Bright Jelly.
Masa launching aritu, Dr Fred Zulli pun ada tau. Produk ni adalah hasil kerjasama founder HAUS, Puan Eiyma dan juga Dr. Fred Zulli. Nanti saya cerita detail pasal Beau Bright ni.
Masa launching ni juga, buat pertama kalinya Marsha Milan nyanyikan lagu terbaru HAUS. Nak dengar tak?
Sedap tak lagu terbaru HAUS ni? Bagi saya sedap sangat. Hehe.
Saya rasa ni first event HAUS buat lepas PKP. Sebab jarang jumpa kan. So kita ambil kesempatan ambil gambar. Dapat ambil gambar dengan KL, Marsha dengan Dr. Fred.
Wajib ambil gambar dengan team juga. Bukan senang nak jumpa.
Masa launching tu ada Promosi Happy Hour. So, kita pun memborong la. Sedap tau jeli ni.
Yang paling best korang nak tau tak event ni masuk Astro Awani. Bukan Astro Awatni tau. Haha
Apa tu Beau Bright Jelly?
Haa...mesti semua tertunggu kan apa tu jeli jeli. Haha.
Beau Bright Jelly ni adalah hasil kerjasama founder HAUS dan juga Dr. Fred Zulli. Dr Fred ni adalah Pengarah Urusan Mibelle Biochemistry yang terletak di Switzerland. Beau Bright ni kira macam supplement kecantikan yang dirumus untuk kulit yang muda dan cerah berseri. Suplemen ni boleh buat kita cantik dari dalam seawal 14 hari je tau!
Kenapa wajib cuba Beau Bright Jelly ni?
Fokus produk ini adalah:-
- Kecantikan dari dalaman
- Anti-penuaan dan keremajaan
- Pemulihan kolagen
- Tona kulit cerah sekata
- Penghidratan kulit
Bahan kandungan Beau Bright Jelly
Produk yang bagus mestilah sebab ada bahan yang bagus kan.
Antara 2 bahan utama yang ada dalam jeli ini adalah:-
- Dracobelle - Bantu melembapkan dan menganjalkan kulit. Korang nak tau tak bahan ni dah menang anugerah NutraIngredients Asia dalam kategori Kecantikan dari Dalam. Korang ingat artis je menang award. Bahan pun ada anugerah dia. Haha.
- Hithion - Bahan ini pula berasal dari ekstrak yis yang mengandungi Glutathione semulajadi dari Yis Torula. Ia bantu mencerahkan kulit kerana mempunyai ciri antioksidan yang tinggi.
Cara Pemprosesan
Jom kita tengok macam mana jeli ni dibuat:-
Cara makan Beau Bright Jelly
Cara nak makan jeli ni senang sangat. Gunting sachet dan makan. Senang je kan. Ambil ni sekali sehari pagi atau malam. Satu kotak ada 7 sachet. So boleh tahan dalam seminggu.
PROMOSI! PROMOSI!
Yang paling dinantikan. Sekarang ni ada promosi untuk produk baru HAUS ni.
Sekotak RM39 tapi lagi berbaloi beli set combo sebab dalam tu ada:-
- 2 kotak (14 sachet)
- 1 Brightening Retinol Cica Serum
- 3 sampel skincare
Pendapat saya lagi berbaloi ambil yang set combo sebab ada dapat retinol juga!
Nak order?
Kalau korang berminat nak order, boleh beli kat website saya atau shopee saya. Kalau korang ada di kawasan sekitar Gombak atau KL, boleh order di Grabmart saya.
Okay korang. Itu sahaja update dari saya. Jumpa lagi di posting seterusnya.
Your Prettypreneur,
Nurul Ain Binti Hassan
HAUS Guardian Gombak, Kuala Lumpur.
Skin first. Makeup second. Smile always.